Sunday, 2 July 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 2( Perancangan Kewangan Sebelum Lelong )

Tags

Haa. Artikel sebelum ni baru sentuh sipi-sipi tentang topik rumah lelong. Sebab penting sangat pasal kelayakan loan ni. Sebab tu bab kelayakan loan ditekan kan sebelum nak kita nak masuk medan lelong. Tak guna kalau menang kat dewan lelong, tapi loan sangkut. Deposit burn dan rumah akan dilelongkan semula pada masa yang akan ditetapkan oleh bank. Ibarat menang sorak, kampung tergadai der.

Sebelom ni gua ada tekankan jugak tentang kepentingan pengurusan kewangan. Ambik perhatian, perkara ni serius penting. Samada nak buat pelaburan ke, gaji besar gaji kecik, pengurusan kewangan ni kena amalkan.

Dalam post sebelum ada cerita tentang pegawai bank yang berkongsi dengan aku ilmu kewangan. Dia la jugak yang kongsi tips mengurus kewangan ni dengan aku. Dan dia praktik sendiri. Masa aku jumpa dia tu time dia dah masyuk. Dia amalkan pengurusan wang ni masa dia mula kerja lagi. Starting gaji dia masa tu RM1800 je. Masa aku jumpa dia, total income dia dah RM13 ribu sebulan. Umah dah 4 biji. Lepas ni kita panggil dia sebagai mat bank.

Ni yang mat bank share, income bahagi kepada 5:

10% - takaful
10% - saving
10% - parent
20% - self
50% - commitment

Aku pun layan la dia explain suma. Masa jumpa dia aku zero hutang, zero commitment. saving aku boleh seribu sebulan. saving je aku reti, jumud sungguh kepala hotak aku masa tu.

Jadi balik tu. Aku hadam2. Bagi aku benda ni bukan rigid, ikut kesesuaian masing-masing. Jadi aku cari pen, buku conteng dan guna fon jadi kalkulator.

Formula aku macam ni pulak:
30% - takaful + parent
10% - saving
25% - self
35% - commitment

Explanation untuk 5 item ni:

Takaful - amik insurans perlindungan diri. Cover kos perbelanjaan rawatan kalau nanti kena sakit
Saving - kumpul 10% nanti sampai 3/6 bulan gaji. Guna nanti kalau emergency tiba2 nak pakai duit.
Parent - hulur duit kat mak ayah.
Self - duit makan, duit minyak, topup dan lain-lain
Commitment - ni duit untuk melabur. duit ni nanti akan berkerja untuk kita.

So semua bergantung masing. Adjust ikut diri sendiri. Aku lebihkan bahagian untuk mak ayah sebab kami orang susah, dan mak bapak aku susah2 dulu bagi aku blaja. Bapak aku dulu pergi keje jalan kaki bai. Ada basikal, guna sampai patah. Kalau nak cerita memang xhabis.

Mat bank cakap kat aku xperlu bagi banyak sangat kat parent masa mula2. Sebab guna duit yang ada untuk tolong diri kita sendiri sebelum kita dapat tolong orang lain kemudian hari. Tapi xkesah la, bagi duit kat mak ayah duit tu tak pergi mana pun, transfer ke akaun akhirat je.

Try benda ni 3 bulan. Apa yang kita akan dapat lepas tu:

1. Portion wang untuk pelaburan. Kita tahu banyak mana yang kita boleh labor, dan limit kita supaya kita melabur macam orang gila.

2. Disiplin berbelanja. Tahu duit keluar masuk. Duit mana pergi. Kat mana kita boros, dan apa yang boleh diperbaiki.

Cuba lah dulu, ikut keadaan masing-masing. Ada masalah pm aku ok.

Link untuk episod-episod lepas:




EmoticonEmoticon

:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:o
:>)
(o)
:p
:-?
(p)
:-s
8-)
:-t
:-b
b-(
(y)
x-)
(h)